Isnin, 26 Disember 2011

e-Disiplin


e-Disiplin

1. KONSEP

Sistem ini merupakan satu sistem pengurusan disiplin yang dapat  mengesan dan mengawal tingkahlaku murid. Seterusnya langkah-langkah intervensi dapat dirancang dan dilaksanakan di sekolah  bagi melahirkan modal insan murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek, selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


2. VISI


Modal Insan Murid Terbilang

3. MISI

Memastikan pengurusan disiplin sekolah berada pada tahap yang terbaik, mempunyai daya kawal selia disiplin yang mantap dan berkesan.

4. SENARIO SEDIA ADA

Kaedah pengurusan dan amalan sedia ada agak pelbagai dan merumitkan. Hal ini berlaku kerana setiap sekolah mempunyai gaya dan cara pengurusan tersendiri. Keadaan ini semakin menyulitkan apabila ada antara guru-guru yang tidak memahami peraturan dan Pekeliling berkaitan disiplin, ditambah pula dengan gangguan emosi dalam kalangan guru. Justeru banyaklah tersiarnya berita kecacatan pengurusan disiplin sekolah di media masa.

4.1 TUMPUAN TINGKAH LAKU
Dalam amalam biasa, aspek yang sering diberi perhatian dalam pengurusan disiplin murid adalah terhadap tingkah laku negatif murid. Murid-murid akan dihukum dengan pelbagai cara dan kaedah (adakalanya melangar peraturan yang ada).

4.2 PENGURUSAN DISIPLIN
Amalan biasa juga, menjadikan Setiausaha Disiplin dan GPK HEM sebagai personel penyelesai masalah disiplin. Mereka menjadi orang yang dilonggokkan dengan pelbagai masalah disiplin, sedangkan mereka juga mempunyai tanggungjawab khusus, yang sama seperti guru-guru lain. Akhirnya, tugas menyelesaikan masalah disiplin menjadi bebanan tambahan yang merungsingkan.

Justeru kita melihat bahawa lantikan Guru Disiplin terdiri dalam kalangan guru-guru lelaki yang garang, brutal dan berani. Keadaan ini menimbulkan ketidakadilan, sehingga membolehkan sebahagian guru terselamat atau mengelak daripada dilantik sebagai Guru Disiplin.

5     SENARIO SEPATUTNYA

e-Disiplin cuba mewujudkan senario baru dan sepatutnya dalam pengurusan disiplin.

5.1 TUMPUAN TINGKAH LAKU SEPATUTNYA

e-Disiplin memberikan tumpuan kepada aspek tingkah laku murid sama ada berbentuk negatif ataupun positif. Kedua-dua jenis tingkah laku ini diambil kira dalam proses memulihkan murid.  Tingkah laku negatif akan diberikan markah celaan, manakala tingkah laku positif akan diberikan markah pujian. Kedua-dua jenis markah ini akan diadun untuk menentukan tahap disiplin seseorang murid. Adunan ini akan disusuli pula dengan sesi bimbingan dan kaunseling untuk membentuk sahsiah murid pada tahap yang terbaik.

5.2 PENGURUSAN DISIPLIN YANG SEPATUTNYA

e-Disiplin cuba merealisasikan pekeliling bahawa semua guru adalah guru disiplin.  Manakala Setiausaha Disiplin berperanan sebagai penyelaras pengurusan disiplin. Melalui kaedah pengurusan disiplin yang minimum, keadaan ini akan dapat dicapai.

Lantikan Setiausaha Disiplin boleh dibuat tanpa perlu mengambil kira perwatakan dan jantina seseorang guru. Hakikatnya sesiapa sahaja boleh dilantik sbagai Setiausaha Disiplin.

5.3 PENYIMPANAN REKOD

e-Disiplin menyediakan kaedah penyimpanan rekod dalam komputer atau pemacu lain.. Kaedah ini akan mengurangkan beban dan ruang kerja pengurusan disiplin khususnya berkaitan kerja-keja perkeranian dan sistem fail. Malah keadah ini juga akan mengurangkan penggunaan kertas.

6     KAEDAH

e-Disiplin adalah kaedah memulihkan disiplin murid. Justeru itu, e-Disiplin bergerak atas laporan salah laku murid, dan akan disusuli dengan usaha-usaha pemulihan dan bimbingan.


6.1 SALAH LAKU

6.1.1     JENIS SALAH LAKU

Jenis salah laku yang ada dalam e-Disiplin adalah berdasarkan senarai salah laku dalam Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM) Kementerian Pelajran, seperti berikut.
Kod Kesalahan
Kesalahan

TINGKAH LAKU JENAYAH
A01
BERJUDI
A02
MENCURI
A03
MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN GURU
A04
MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN KAKITANGAN
A05
MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN MURID
A06
PERAS UGUT
A07
GENGSTERISME
A08
BAWA SENJATA MERBAHAYA
A09
MENCABUL KEHORMATAN
A10
MENCEROBOH
A11
TUNJUK PERASAAN
A12
MERUSUH
A13
MEMBUNUH
A14
MEROGOL
A15
BERGADUH



PENYALAHGUNAAN DADAH / INHALAN / RACUN
B01
MEMILIKI / MENYIMPAN
B02
MEMBEKAL / MENAWARKAN
B03
MENJUAL / MENGEDAR
B04
MENGHISAP / MENYUNTIK / MENYEDUT / MEMINUM / MENGHIDU
B05
MENGHIDU BAHAN-BAHAN INHALAN



BULI
C01
BULI BAHASA
C02
BULI FIZIKAL
C03
BULI ISYARAT
C04
BULI PERHUBUNGAN



ROKOK
D01
MEMILIKI / MENYIMPAN
D02
MEMBEKAL / MENAWARKAN
D03
MENJUAL DAN MENGEDAR
D04
MENGHISAP

1.  Kali Pertama (1 Rotan)

2.  Kali Kedua  (2 Rotan)

3.  Kali Ketiga ( 3 Rotan)

4.  Kali Keempat (Gantung)

5.  Kali Kelima (Buang)




PONTENG
E01




PONTENG SEKOLAH
1. 3 hari berturur-turut atau 10 hari tidak berturur-turut
2. 10 hari berturur-turut atau 20 hari tidak berturur-turut
3. 17 hari berturur-turut atau 40 hari tidak berturur-turut
4. 31 hari berturur-turut atau 60 hari tidak berturur-turut
E02
PONTENG KELAS
E03
PONTENG AKTIVITI KOKURIKULUM
E04
PONTENG UJIAN / PEPERIKSAAN
E05
PONTENG PREP
E06
PONTENG ASRAMA
E07
PONTENG ACARA RASMI SEKOLAH
E08
PONTENG PERHIMPUNAN



TINGKAH LAKU LUCAH
F01
BERCUMBUAN
F02
BERKHALWAT
F03
BAWA BAHAN LUCAH
F04
MENGEDAR BAHAN LUCAH
F05
MENGINTAI
F06
MENGGUNAKAN KATA / PERBUATAN LUCAH
F07
MELUKIS & MENULIS KATA-KATA DAN GAMBAR LUCAH
F08
MENONTON VCD / FILEM LUCAH
F09
MEMELUK MURID LAIN JANTINA
F10
BERDUA-DUAAN YANG MENIMBULKAN SYAK



TINGKAH LAKU KURANG SOPAN / BIADAP
G01
BIADAP KEPADA GURU
G02
BIADAP KEPADA KAKITANGAN
G03
BIADAP KEPADA TETAMU
G04
BERKELAKUAN KASAR KEPADA MURID
G05
BERBAHASA KESAT / KASAR KEPADA MURID
G06
MEMINUM / MEMBELI / MENYIMPAN / MENGEDAR MINUMAN YANG MEMABUKKAN
G07
MEMBUANG SAMPAH MERATA-RATA
G08
INGKAR ARAHAN GURU
G09
INGKAR ARAHAN PENGAWAS
G10
MELUDAH DI TEMPAT TIDAK SEPATUTNYA




KESALAHAN VANDALISME
H01
MEROSAKKAN HARTA BENDA SEKOLAH
H02
MEROSAKKAN HARTA BENDA ASRAMA
H03
MEROSAKKAN HARTA BENDA KANTIN
H04
MEROSAKKAN PERALATAN BILIK-BILIK KHAS
H05
MEROSAKKAN TANAMAN TUMBUHAN / TANAMAN HIASAN
H06
MENCONTENG DINDING BANGUNAN SEKOLAH
H07
MENCONTENG DINDING BANGUNAN ASRAMA
H08
MEROSAK / MENGOYAK BUKU SPBT
H09
MEROSAKKAN PERALATAN SUKAN
H10
MEROSAKKAN KENDERAAN GURU BESAR / PENGETUA / GURU / KAKITANGAN
H11
MEROSAKKAN HARTA / KENDERAAN MURID



TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
J01
PECAH AMANAH
J02
BERBOHONG
J03
TIDAK BERTANGGUNGJAWAB
J04
TIDAK JUJUR



KENAKALAN
K01
MENUNGGANG MOTOSIKAL DALAM KAWASAN SEKOLAH
K02
MASUK TANDAS BERLAINAN JANTINA
K03
SENGAJA MEMBUNYIKAN LOCENG KECEMASAN
K04
MENGGANGGU SEMASA PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
K05
TIDAK IKUT GILIRAN / BEREBUT-REBUT / BERTOLAK-TOLAK
K06
MEMBAWA / BERMAIN MERCUN
K07
MENGUBAHSUAI PENDAWAIAN ELEKTRIK
K08
KELUAR KAWASAN SEKOLAH / ASRAMA TANPA KEBENARAN
K09
BERMAIN DALAM DORM
K10
MELANGGAR PERATURAN ASRAMA


TINGKAH LAKU TIDAK PENTINGKAN MASA
L01
LEWAT KE SEKOLAH
L02
LEWAT KE PERHIMPUNAN
L03
LEWAT MASUK KELAS
L04
LEWAT DATANG AKTIVITI LUAR KELAS / KOKURIKULUM
L05
LEWAT MASUK / BALIK KE ASRAMA



KEKEMASAN DIRI
M01
BERKUKU PANJANG
M02
MEWARNA KUKU / BERINAI
M03
BERAMBUT PANJANG
M04
RAMBUT BERFESYEN
M05
BERMISAI / BERJANGGUT
M06
MEMAKAI PAKAIAN TIDAK MENGIKUT PERATURAN
M07
PAKAI BARANG KEMAS
M08
MENCUKUR BULU KENING
M09
MEMAKAI ALAT SOLEK



PENGLIBATAN POLITIK
N01
PENGLIBATAN DALAM PERHIMPUNAN / PERARAKAN POLITIK
N02
MERAYU UNDI DALAM PILIHANRAYA
N03
MENYEBAR PENULISAN / DOKUMEN / PROPAGANDA POLITIK



6.1.2     MARKAH

Markah-markah salah laku adalah ditetapkan seperti berikut;

  1. Markah hendaklah antara 3, 5, dan 10. Markah 3 bermaksud kes salah laku yang dianggap ringan. Markah 5 bermaksud kesalahan yang sederhana atau kesalahan ringan yang diulang-ulang, Markah 10 bermaksud salah laku yang berat.
  2. Penetapan markah mestilah berdasarkan kelulusan Pengetua dan GPK HEM.
6.2 AMARAN DISIPLIN

Amaran Disiplin mestilah mengikut turutan. Melalui sistem ini, amaran disiplin adalah seperti berikut;
6.2.1     Amaran Disiplin Pertama (Bertulis) – (AD1)

Amaran ini dikeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 20 hingga 30 markah.
Amaran ini hanya dikeluarkan sekali untuk setiap murid sepanjang persekolahnnya.

6.2.2     Amaran Disiplin Kedua (Bertulis) – (AD2)

Amaran ini dikeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 30 hingga 40 markah. Amaran ini juga hanya dikeluarkan sekali untuk setiap murid sepanjang persekolahnnya.

6.2.3     Amaran Disiplin Ketiga (Gantung Sekolah) – (AD3)

Amaran ini dikeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 60 hingga 70 markah. Bagaimanapun, Pengetua boleh menggantung murid (Kes Khas) tanpa Amaran Disiplin Pertama dan Kedua. Dalam hal ini, apabila murid digantung (bagi kes khas), bermaksud Amaran Disiplin Pertama (AD1) dan Amaran Disiplin Kedua (AD2) dikeluarkan serentak bersama-sama hukuman gantung sekolah. Prosedur hukuman gantung sekolah adalah seperti berikut;

  1. Keluarkan Surat Pertuduhan (dari sistem)
  2. Panggil murid untuk dibicarakan atau diambil pengakuan
  3. Serahkan Surat Pertuduhan Gantung.
  4. Murid diberi peluang untuk membuat Surat Rayuan dalam tempoh 14 hari.
  5. Selepas murid menghantar Surat Rayuan, atau selepas tempoh 14 hari (mana-mana yang terdahulu) Pengetua boleh membuat pertimbangan sama ada untuk menggantung atau tidak murid berkenaan.
  6. Jika dihukum gantung, gunakan borang dalam sistem untuk mengeluarkan Surat Hukuman Gantung
6.2.4     Amaran Disiplin Keempat (Amaran Akhir) – (AD4)

Amaran ini dkeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 80 dan 90 markah. Amaran ini juga hanya dikeluarkan sekali untuk setiap murid sepanjang persekolahnnya.

6.2.5     Buang Sekolah – (AD5)

Amaran ini dikeluarkan apabila mencapai markah salah laku mencapai 100 dan ke atas. Hukuman ini boleh juga dikenakan bagi kes-kes khas, mengikut pertimbangan Pengetua. Prosedur hukuman buang sekolah adalah seperti berikut;

  1. Keluarkan Surat Pertuduhan buang sekolah (dari sistem)
  2. Panggil murid untuk dibicarakan atau diambil pengakuan
  3. Serahkan Surat Pertuduhan buang sekolah.
  4. Murid diberi peluang untuk membuat Surat Rayuan dalam tempoh 14 hari.
  5. Selepas murid menghantar Surat Rayuan, atau selepas tempoh 14 hari (mana-mana yang terdahulu) Pengetua boleh membuat pertimbangan sama ada untuk membuang atau tidak murid berkenaan.
  6. Jika dihukum buang sekolah, gunakan borang dalam sistem.
6.2.6     Amaran-Amaran Lisan

Amaran ini dikeluarkan dari semasa ke semasa, atau apabila murid melakukan kes-kes salah laku.
6.2.7     Hukuan Rotan – Kes Merokok

Hukuman ini adalah mengikut pekeliling berkaitan kes merokok.

6.3 PEMULIHAN

6.3.1     KERJA AMAL

Kerja Amal adalah satu bentuk hukuman yang boleh dijalani oleh murid-murid secara sukarela. Sistem e-Disiplin menawarkan 2 kali kerja amal bagi setiap Amaran Disiplin yang diberikan kepada murid-murid.

Syarat-syarat Kerja Amal adalah seperti berikut;
  1. Dijalani di luar waktu pembelajaran dan pembelajaran, atau di luar waktu persekolahan
  2. Kerja-keja yang dilaksanakan tidak bermaksud menggantikan kerja rutin pekerja-pekerja       / kakitangan sekolah.
  3. Kerja-kerja yang tidak terlalu berat atau membebankan murid
  4. Dikawal selia oleh guru
  5. Boleh juga melibatkan kerja-kerja kemasyarakatan di luar sekolah
6.3.1.1  JENIS KERJA AMAL

Jenis-jenis Kerja Amal yang disenaraikan dalam e-Disiplin adalah seperti berikut;


KERJA AMAL
KA01
MENOLONG GURU DALAM KECERIAAN SEKOLAH
KA02
KERJA-KERJA LANSKAP/TANAM DAN JAGA POKOK BUNGA DLL
KA03
KERJA MENGECAT/MURAL/KERJA-KERJA BERAT
KA04
KERJA-KERJA MULIA-PERTOLONGAN CEMAS
KA05
KESUNGGUHAN KETIKA DI SURAU-RAJIN/TERTIB/TEKUN
KA06
KOMITMEN UNTUK DATANG AWAL KE SEKOLAH
KA07
RINGAN TULANG-SUKARELA MENOLONG GURU
KA08
MEMBERSIH DAN MENCERIAKAN KELAS
KA09
MEMBERSIH DAN MENYUSUN BILIK-BILIK KHAS
KA1O
MEMBERSIH KAWASAN PERSEKITARAN SEKOLAH
KA11
MEMBAIKI DAN MEMBAIK PULIH PERALATAN SEKOLAH
KA12
MEMBERI MAKLUMAT YANG BERGUNA KEPADA SEKOLAH
KA13
AMALAN JIMAT CERMAT (AIR, ELEKTRIK DLL)
KA14
AKTIF DALAM AKTIVITI KEMASYARAKATAN
KA15
PENGLIBATAN IBU BAPA / PENJAGA DALAH AKTIVITI SEKOLAH
KA16
AKTIVITI-AKTIVITI LAIN YANG MENZAHIRKAN NILAI-NILAI MURNI

6.3.1.2  MARKAH KERJA AMAL

Markah Kerja Amal terdiri daripada 3, 5, dan 10. 3 bermaksud Kerja Amal yang dianggap ringan. Markah 5 bermaksud Kerja Amal yang sederhana, dan markah 10 bermaksud Kerja Amal yang dianggap berat.
Penetapan markah mestilah berdasarkan kelulusan Pengetua dan GPK HEM.

6.3.2      BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Bimbingan dan Kaunseling merupakan elemen yang penting dalam usaha memulihkan murid yang bermasalah. Konsep bimbingan dan kaunseling di sini ialah aktiviti khusus dan berfokus kepada individu murid yang dikenal pasti sebagai bermasalah, dan bukannya aktiviti yang dibuat secara umum.

6.3.2.1  JENIS KAUNSELING

Pelbagai jenis aktiviti bimbingan dan kaunseling boleh dilaksanakan. Antaranya kaunseing individu dan kaunseling kelompok, yang berfokuskan murid bermasalah. Selain kaunseling individu dan kelompok, aktiviti lain juga boleh dilaksanakan seperti Kem Waja Diri.
6.3.2.2  PROGRAM LAIN (Sokongan)

Aktiviti sokongan juga perlu dilaksanakan, khususnya yang berbentuk pencegahan dan pemulihan. Setelah mengetahui masalah sebenar murid-murid langkah-langkah pemulihan dan pencegahan hendaklah diambil secara lebih drastik. Sebagai contoh, masalah ponteng kelas. Antara langkah pemulihan adalah kem khusus untuk murid-murid yang suka ponteng kelas. Di samping itu, langkah pencegahan juga boleh diusahakan oleh pihak sekolah.

Jadual pemarkahan e-Disiplin

FORMULA TANPA KERJA AMAL









TAMBAHAN
JUMLAH



KAUNSELING
MATA
MARKAH
TINDAKAN
KERJA AMAL
BAKI
(MIN)







3 - 19
AMARAN LISAN
20
20 - 30
AD1
0
20
1
10
31 - 40
AD2
0
30
1

41 - 59
PEMANTAUAN / BIMBINGAN
3
30
60 - 70
AD3 (GANTUNG)
0
60
1

71 - 79
BIMBINGAN INTENSIF
2
20
80 - 90
AD4 (T/S)
0
80
1
20
100
AD5 (BUANG)



100

5


9
FORMULA DENGAN KERJA AMAL









TAMBAHAN
JUMLAH



KAUNSELING
MATA
MARKAH
TINDAKAN
KERJA AMAL
BAKI
(MIN)







3 - 19
AMARAN LISAN
20
20 - 30
AD1
(-)20
0
1
30
31 - 40
AD2
(-)20
10
1

41 - 59
PEMANTAUAN / BIMBINGAN
4
50
60 - 70
AD3 (GANTUNG)
(-)20
40
1

71 - 79
BIMBINGAN INTENSIF
3
40
80 - 90
AD4 (T/S)
(-)20
60
1

90 - 100



3
40
100
AD5 (BUANG)

180
100
5
80

14

7     PERANAN PERSONEL

e-Disiplin menggariskan peranan setiap personel yang ada kaitannya dengan uruan disiplin sekolah

7.1 PERANAN GURU BESAR / PENGETUA

  1. Membuat keputusan/tindakan serta menandatangani surat gantung dan buang sekolah.
  2. Mengesahkan Borang Salahlaku (BSL)
  3. Mengarah siasatan kes salahlaku.
  4. Mengarah SU Disiplin memanggil mesyuarat.
  5. Melapor/merujuk PPD/JPN bagi kes khas dengan segera.
  6. Mengarah murid menjalani kaunseling.
  7. Mengarah murid membuat kerja amal.
  8. Menandatangani surat pertuduhan.
  9. Menandatangani surat tunjuk sebab
  10. Menandatangani surat hukuman
  11. Menjatuhkan hukuman
  12. Berbincang dengan ibu bapa/penjaga
  13. Memantau pelaksanaan sistem e-Disiplin
7.2 PERANAN GPK HEM

  1. Menerima laporan daripada SU Disiplin bagi menandatangani surat amaran disiplin 1, 2 dan tunjuk sebab.
  2. Mengesahkan Borang Salahlaku (BSL)
  3. Memaklumkan dan menghubungi ibu bapa/ penjaga murid yang menerima surat amaran disiplin.
  4. Mengarah murid membuat kerja amal.
  5. Mengarah murid menjalani sesi kaunseling
  6. Bertindak sebagai Timbalan Pengerusi semasa mesyuarat Jawatankuasa disiplin.
  7. Mengambil tindakan terhadap maklum balas murid / penjaga.
  8. Memfailkan surat akujanji antara murid dengan pihak sekolah.
7.3 PERANAN SETIAUSAHA DISIPLIN

  1. Mencatat minit mesyuarat Jawatankuasa Disiplin Sekolah.
  2. Menyiasat kes salahlaku.
  3. Mengambil pengakuan murid /saksi/guru.
  4. Menerima atau menolak borang BSL setelah siasatan dibuat.
  5. Mencetak surat amaran disiplin untuk ditandatangani oleh pengetua/ Guru Besar/ Penyelia Petang/PK HEM.
  6. Mencadangkan murid menjalani sesi kaunseling dan kerja amal.
  7. Memasukkan maklumat salahlaku / kerja amal ke dalam sistem.
  8. Mengemaskini/simpan BSL.
  9. Memfailkan salinan surat amaran , akujanji yang telah dikeluarkan.
  10. Menyediakan analisa laporan bulanan/ tahunan.
  11. Menyelaras program disiplin sekolah
7.4 PERANAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

  1. Menjalankan sesi kaunseling individu.
  2. Menjalankan sesi kaunseling kelompok.
  3. Menjalankan sesi bimbingan individu dan kelompok.
  4. Menjalankan sesi kaunseling intervensi
  5. Membuat lawatan ke rumah murid .
  6. menyelaraskan program pengukuhan murid seperti kem jati diri, ceramah dan lain lain.
  7. Memasukkan maklumat sesi kaunseling ke dalam sistem e-Disiplin
  8. Menyelaras program disiplin sekolah
7.5 PERANAN GURU

  1. Memantau salahlaku di kalangan murid.
  2. Memberi bimbingan kepada murid
  3. Mengisi BSL.
  4. Mengisi borang ponteng berterusan / berkala dan menghantar kepada SU Disiplin.
  5. Membantu tugas SU Disiplin.
  6. Menentukan jenis kerja amal, menyelia dan memberikan markah.

7.6 PERANAN MURID

1.            Berkerjasama dengan semua guru.
2.            Murid membuat pengakuan dalam Borang Salah Laku (BSL) semasa sesi siasatan oleh SU Disipin Sekolah.
3.            Memberi makumat yang tepat semasa soal siasat.
4.            Murid perlu membela  diri dan membuat rayuan sebelum hukuman dijatuhkan.
5.            Murid perlu mengikuti sesi kaunseling sebelum/selepas menerima hukuman.
6.            Menjalankan kerja amal untuk mengurangkan markah salah laku
7.            Mengikuti aktiviti pemulihan yang dijalankan oleh pihak sekolah

7.7 PERANAN IBU BAPA / PENJAGA

1. Berkerjasama dengan pihak sekolah utuk mengawal disiplin anak.
2. Ibu bapa/penjaga hendaklah mengambil maklum dan perhatian sewajarnya apabila pihak sekolah mengeluarkan Amaran Pertama (Bertulis) dengan mengubungi pihak sekolah atau hadir sendiri ke sekolah.

3. Ibu bapa/penjaga perlu hadir ke sekolah untuk membincangkan kes salah laku anak mereka selepas Amaran Kedua (Bertulis) di keluarkan oleh pihak sekolah.

4. Ibu bapa/penjaga perlu berkerjasama hadir ke sekolah sebagai saksi dalam proses menandatangi Aku Janji Murid selepas anak mereka menjalani hukuman Gantung Sekolah.
5. Ibu bapa/penjaga hendaklah mengemukakan rayuan bertulis kepada Pengarah Pelajaan Negeri dalam tempuh 30 hari apabila sekolah mengambil tindakan Buang Sekolah ke atas anak mereka.

7.8 PERANAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH

1. Membuat siasatan kes-kes khas.
2. Menerima laporan kes-kes khas dari sekolah.
3. Memantau pelaksanaan dan dokumen e-Disiplin

7.9 PERANAN JABATAN PELAJARAN

1. Menerima laporan  kes khas  dari Pejabat Pelajaran Daerah.
2. Menerima dan menyelesaikan kes-kes rayuan buang sekolah.
3. Memantau pelaksanaan dan dokumen e-Disiplin.

7.10      PERANAN JKK / MAJLIS PENDUDUK

1. Menerima laporan disiplin murid-murid daripada pihak sekolah
2. Berbincang dengan penjaga murid berkenaan
3. Memantau murid-murid berkenaan di kawasan masing-masing
4. Mengatur program berkaitan motivasi diri

8     OPERASI  SISTEM

8.1 TERAS OPERASI

Sistem beroperasi secara automasi. Antara maklumat yang diperlukan oleh sistem adalah;

8.2 Maklumat murid (Diimport dari data SMM)
8.3 Maklumat guru
8.4 Maklumat salah laku (Borang Saman)
8.5 Maklumat kerja amal
8.6 Maklumat respon penjaga
8.7 Maklumat sesi kaunseling
8.8 Maklumat akujanji

8.9 KEUPAYAAN SISTEM

8.9.1     AMARAN DISIPLIN

Sistem memberikan petunjuk jika seseorang murid perlu dikenakan tindakan disiplin. Berikut ialah tindakan disiplin yang disediakan oleh sistem

a.    Amaran Disiplin Pertama (AD1)
b.    Amaran Disiplin Kedua (AD2)
c.    Gantung Sekolah (AD3)
d.    Amaran Akhir (AD4)
e.    Buang Sekolah (AD5)
f.     Hukuman rotan (Kes menghisap rokok)

8.9.2     TANDA RUJUKAN KAUNSELING

Sistem juga mengeluarkan tanda secara automasi jika seseorang murid perlu dirujuk kepada kaunseling.

8.9.3     MENCETAK BAHAN

Sistem menyediakan pelbagai bahan untuk dilihat atau dicetak;

a.    Laporan Bulanan
i.              Laporan kes disiplin
ii.            Laporan jenis kes
iii.           Laporan mengikut tingkatan
iv.           Laporan penglibatan guru
v.            Laporan tindakan disiplin
vi.           Laporan kerja amal
vii.          Laporan sesi kaunseling
viii.        Laporan respon penjaga
b.    Laporan Tahunan
i.              Laporan kes disiplin
ii.            Laporan jenis kes
iii.           Laporan mengikut tingkatan
iv.           Laporan penglibatan guru
v.            Laporan tindakan disiplin
vi.           Laporan respon penjaga
vii.          Laporan kerja amal
viii.        Laporan sesi kaunseling
ix.           Laporan ponteng sekolah
x.            Laporan pergerakan murid
xi.           Laporan disiplin berdasarkan lokasi
c.    Laporan lengkap disiplin seseorang murid
d.    Senarai pelajar bermasalah
e.    Laporan disiplin semasa (Ranking pelajar)
f.     Statistik disiplin
g.    Senarai murid untuk rujukan kaunseling
h.    Surat Akuan sahsiah murid

8.9.4     IMPORT / EKSPORT

Untuk memudahkan pengurusan disiplin, sistem menyediakan menu untuk mengeksport dan mengimport data.

9     PENUTUP

Pelaksanan e-Disiplin secara menyeluruh dan mantap pastinya dapat mengurangkan masalah disiplin, dan mewujudkan iklim sekolah yang lebih baik.

Panduan e-Disiplin

  1. Setup
i.              Masukkan CD ke dalam Pemacu
ii.            Klik ikon e-Disiplin 2 kali
iii.           Klik Setup
iv.           Klik Next / Yes untuk semua paparan

  1. Menukar Logo
i.              Scan logo sekolah dalam format bitmap imej
ii.            Save fail dalam drive C, Program File, e-Disiplin.
iii.           Namakan file sebagai Logo

  1. Masuk ke Sistem
i.              Ada dua cara untuk masuk ke system

A)   Melalui butang Start, All Program, e-Disiplin.
B)   Melalui ikon e-Disiplin pada desktop

ii.            Masukkan Kod ID: KPM
iii.           Masukkan Kod Rahsia: SKE-D, dan klik OK
iv.           Paparan berikutnya, masukkan Kod Pegawai yang memasukkan data, dan tekan Enter

  1. Kemas Kini Maklumat Asas

i.              Klik menu Kemas Kini Maklumat Asas
ii.            Delete maklumat yang dipaparkan dan masukkan maklumat yang sesuai dengan sekolah

  1. Memasukkan Maklumat Guru

i.              Klik Menu Maklumat Guru
ii.            Masukkan Maklumat semua guru yang bertugas di sekolah
iii.           PERHATIAN
a.    Setiap maklumat guru yang telah di’key in’ tidak boleh di’delete’
b.    Pastikan setiap guru mempunyai kod tersendiri, yang tidak boleh menyamai guru lain
c.    Sekiranya guru berkenaan berpindah sekolah, biarkan maklumat tersebut dalam system

  1. Memasukkan Maklumat Murid (Bilangan Kecil)
i.              Klik menu Maklumat Murid
ii.            Masukkan Maklumat yang dikehendaki dalam boring
iii.           PERHATIAN
a.    Borang ini digunakan untuk memasukkan maklumat murid dalam bilangan yang kecil
b.    Untuk maklumat murid secara ‘borong’ gunakan disket SMM

  1. Memasukkan Maklumat Murid Secara ‘Borong’
i.              Gunakan disket SMM.
ii.            Buka disket, Data HEM, dan ‘copy’ TMurid dan Tlbsek.
iii.           ‘Paste’kan di luar Data HEM.
iv.           Masuk ke e-Disiplin
v.            Klik menu Maklumat Murid
vi.           Klik menu Import Data HEM
vii.          Pilih / Klik pemacu A
viii.        Klik Yes untuk semua paparan berikutnya.

  1. Memasukkan Maklumat Salah Laku
i.              Klik menu Borang Salah Laku untuk memasukkan data / maklumat borang saman
ii.            Masukkan No Kad Pengenalan, dan Enter. Nama pelajar akan dipaparkan. Sekiranya tiada paparan nama pelajar, ada kemungkinan No Kad Pengenalan tersalah, atau mungkin maklumat pelajar berkenaan belum ada dalam system
iii.           Masukkan tarikh dalam format HH/BB/TTTT. Contoh 16, Enter, 01, Enter, 2008, Enter
iv.           Masukkan Kod Salah Laku (Cetak senarai kod salah laku untuk memudahkan rujukan)
v.            Masukkan markah, sama ada 3 (untuk kesalahan yang dianggap ringan), 5 (untuk kesalahan yang dianggap sederhana), dan 10 (untuk kesalahan yang dianggap berat)
vi.           Masukkan waktu kes dilakukan
vii.          Masukkan tempat kes dilakukan
viii.        Masukkan Kod Guru yang menyaksikan kes
ix.           Masukkan keterangan yang lengkap berkaitan kes. Contoh:
a.    Bahawa kamu telah dengan sengaja ponteng kelas Bahasa Melayu
b.    Bahawa kamu telah dengan sengaja mencuri wang Ahmad bin Abu berjumlah RM 10.00 yang disimpan oleh Ahmad bin Abu di dalam beg sekolahnya
c.    Bahawa kamu telah menghisap rokok jenama Dunhill bersama-sama Ali bin Hassan. Bukti sebahagian rokok Dunhill
d.    Bahawa kamu telah bermain daun terup dengan pertaruhan wang bersama-sama Osman bin Samad dan Yusuf bin Harun. Bukti: Daun terup dan wang tunai berjumlah RM 10.00
x.            PERHATIAN:
a.    Perhatikan menu-menu yang mungkin timbul semasa anda memasukkan maklumat salah laku
b.    Ikuti / Klik menu-menu yang timbul untuk langkah / tindakan seterusnya.

  1. Memasukkan Maklumat Kerja Amal
i.              Klik menu Borang Kerja Amal
ii.            Masukkan maklumat yang dikehendaki dalam boring tersebut

  1. Memasukkan Maklumat Sesi Kaunseling
i.              Klik menu Borang Sesi Kaunseling untuk memasukkan maklumat pelajar yang telah menjalani sesi kaunseling
ii.            Penuhkan maklumat yang dikehendaki
iii.           Klik / tandakan ruang yang berkenaan dalam borang tersebut

  1. Memasukkan Maklumat Respon Penjaga
i.              Klik menu Borang Sesi Penjaga untuk memasukkan maklumat perhubungan dengan penjaga sama ada penjaga hadir ke sekolah, atau melalui telefon.
ii.            Penuhkan maklumat yang dikehendaki dalam borang tersebut.

  1. Menyisih Rekod
i.              Klik menu Sisih Rekod untuk menukar status pelajar sekiranya pelajar tersebut telah berpindah sekolah, berhenti dan sebagainya.
ii.            Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar untuk menyisihkan rekod seorang pelajar.
iii.           Untuk menyisihkan rekod ramai pelajar (borong) klik 2 angka awal No Kad Pengenalan dan diikuti butang *. Contoh 90*, dan tekan Enter
iv.           Tukarkan status pelajar pada ruang yang berkenaan.

  1. Borang Pertukaran Sekolah
i.              Klik menu Borang Tukar Sekolah untuk mencetak borang tukar sekolah para pelajar.
ii.            Penuhkan maklumat yang dikehendaki dalam borang
iii.           Klik menu Cetak Borang untuk mencetak borang tersebut

  1. Borang Akur Janji
i.              Klik menu Borang Akur Janji untuk memasukkan maklumat pelajar yang menandatangani Surat Akur Janji
ii.            Penuhkan maklumat yang dikehendaki
iii.           PERHATIAN: Pelajar perlu menandatangani borang bercetak (hard copy) untuk simpanan / fail.

  1. Amaran Disiplin
i.              Ada dua cara untuk mengeluarkan Amaran Disiplin
a.    Melalui menu yang timbul semasa memasukkan maklumat salah laku
b.    Melalui menu Amaran Disiplin
ii.            Penuhkan maklumat yang dikehendaki
iii.           Cetak Surat Amaran Disiplin
iv.           PERHATIAN.
A)   Sila patuhi carta aliran kerja yang dicadangkan.
B)   Amaran Disiplin yang dikeluarkan mestilah dari Amaran Pertama, Kedua, Ketiga dan serusnya.
C)   Seboleh-bolehnya elakkan dari melangkau Amaran Disiplin.

  1. Membuat Pembetulan / edit  Kes Salah Laku
i.              Klik menu Borang Salah Laku
ii.            Klik menu Semak
iii.           Cari maklumat yang ingin dibetulkan dan buat pembetulan, atau delete maklumat tersebut.

  1. Import Data (e-Disiplin)
i.              Klik menu Import / eksport Data
ii.            Klik menu Import Data
iii.           Pilih dan klik pemacu yang sesuai
iv.           Klik Yes untuk semua paparan yang muncul

  1. Eksport Data
i.              Klik menu Import / eksport Data
ii.            Klik menu Eksport Data
iii.           Pilih / Klik pemacu yang sesuai dengan penggunaan anda

  1. Mencetak Laporan
i.              Laporan Bulanan
Untuk melihat pelbagai laporan bulanan seperti Laporan Kes Bulanan, Laporan Jenis Kes, Laporan Penglibatan Guru dan sebagainya.

ii.            Laporan Tahunan
Untuk melihat pelbagai laporan bulanan seperti Laporan Kes Bulanan, Laporan Jenis Kes, Laporan Penglibatan Guru dan sebagainya.

iii.           Kad disiplin pelajar
Untuk melihat / mencetak Kad Laporan Disiplin Seseorang pelajar

iv.           Senarai Pelajar bermasalah
Untuk melihat kumpulan pelajar yang dianggap bermasalah berserta kes-kes yang dilakukan. Menu ini sesuai untuk Guru Kaunseling merancang tindakan / bimbingan

v.            Laporan disiplin semasa
Untuk melihat senarai pelajar, markah merit dan amaran-amaran yang dikeluarkan

vi.           Senarai Pengurusan disiplin
Untuk melihat / menyemak senarai guru yang ada dalam system

vii.          Senarai pelajar
Untuk melihat / menyemak senarai pelajar yang ada dalam system

viii.        Kod Salah laku
Untuk membuat rujukan kod-kod kes salah laku

ix.           Kod kerja amal
Untuk membuat rujukan Kod-kod Kerja Amal

x.            Statistik
Untuk melihat rumusan data-data disiplin semasa dan tahunan



xi.           Penggunaan system
Untuk melihat laporan pegawai-pegawai yang mneggunakan system.

xii.          Borang-borang
Untuk mencetak pelbagaai borang bagi kegunaan system

xiii.        Akuan sahsiah
Untuk mencetak Sijil Akuan Sahsiah para pelajar. Hanya pelajar yang ada melakukan kesalahan, dan atau melakukan kerja amal sahaja aka nada sijil ini.

xiv.        Rujukan kaunseling
Untuk memudahkan Guru Kaunseling mendapatkan klien.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan