Isnin, 13 Februari 2012

Petua tahan lama.

(Artikel untuk pembacaan orang dewasa yang sudah beristeri sahaja)

Tadi sambil bersembang dgn seorang sahabat dia ada bertanya.. "aok ada dak petua tahan lama... tahan lama sikit aje pun dah cukup" hehehe.... jadi kalau mengikuti petua dan amalan org tua terdahulu mmg banyak. Perlu diingat,  org dahulu tak makan ubat kuat untuk tahan lama kita hari ini bagi sesetengah para suami (org lelaki) beria benor nak mencari bender ini. Jadi disini suka juga kawan berkongsi sedikit cerita daripada amalan orang-orang tua terdahulu  boleh "tahan lama" . Sebelum pada itu meh kita tengok  Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan." (Riwayat ad-Dailami)


Jika di amati cukup banyak amalan, petua serta pantang larangnya org-org tua terdahulu, boleh dikatakan untuk lebih tahan lama. Pengaruh drp amalan permakanan amat di utamakan selain daripada kawalan pernafasan, permikiran (minda)  dan melayan nafsu itu sendiri. Semua di gabungkan didalam satu amalan yang di khususkan untuk lebih bertahan lama. Disini disertakan drp beberapa amalan dan petua tersebut ;

  1. Jangan suka memakan bender yang bersifat lembik seperti keladi (sayur keladi) terung dan sebagainya.
  2. Jangan kencing didalam air, sebaiknya kencing diatas batu itu amalan org tua terdahulu.
  3. Jangan makan sambal bermalam seperti contoh orang Pahang, suka makan sambal colek durian kalau tak abis diwaktu malam tu buangkan sahaja.
  4. Banyak memakan ulaman yang bersifat daun atau pucuk kayu didalam hutan.
  5. Jangan makan nasi sambil minum air kalau nak minum, minum sebelumnya sebaiknya minumlah selepas makan nasi.
  6. Bangun tidur jangan sesekali membongkok sebaiknya bangun dgn cara mengiring tidak kisah ke kiri atau ke kanan.
  7. Buat sedikit senaman khas utk org lelaki... jangan terambil senaman org perempuan abis terperesok kedalam. Disini suka juga kawan nyatakan ada satu senaman yang sememang dikhaskan utk org pompuan tetapi org lelaki yang tak tahu bender buat juga punah.. (senaman membongkokkan badan sambil menarik jari kaki... di tegah sama sekali utk org lelaki)

Oit banyak dah tu nanti kita sambung yak...:) jadi cubalah anda amalkan petua-petua diatas kut boleh membantu. Perlu diingat petua bukan hanya sehari dua untuk menghasilkan perkara yang baik, ianya memerlukan masa yang lama tidak gitu ianya tidak di sebut Petua dan AMALAN. Ok setakat ini dahulu :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan