Khamis, 4 Ogos 2011

Nasi Dagang & Ayam Kapitan

Bahan - Bahan :
  • 4 cawan beras lembut ( direndam semalaman )
  • 4 cawan santan pekat
  • 3 cawan air
  • Sedikit halba ( rendam sekejap )
  • 1 kiub ayam
  • Sedikit halia ( dimayang halus )
  • 1-2 ulas bawang putih ( dimayang halus )
  • 3 ulas bawang merah ( dimayang halus )
Cara - Cara :
  1. Toskan beras yang telah direndam.
  2. Satukan semua bahan ke dalam rice cooker.
  3. Tekan 'ON' jer..tunggu hingga nasi masak
  4. Bila dah 'KEEP WARM' jgn terus tutup suis..biarkan seketika hingga nasi betul2 masak.
  5. Kacau / gembur2kan nasi bila masak. Dah siap
nasi dagang versi rice cooker..sedap dan cepat nak disediakan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan